Saturday, 11 June 2011

malam terakhir di kampung


hujan turun dengan renyai-renyai dan silih berganti dengan cahaya petir yang menjengah memenuhi ruang minda. Masa berlalu terlalu pantas tanpa disedari, nampaknya inilah malam terakhir di kampung. terlalu berat hati untuk meninggalkan kampung halaman tetapi ini lumrah . Banyak kenangan indah dan pahit terpalit dalam diari percutian. Segala kenangan ini akan dirakamkan sebagai satu sejarah dalam kehidupan. Walau tidak menghabiskan masa cuti dengan melawat lokasi menarik di Malaysia tetapi apa yang cukup indah apabila kita mampu membuat org lain gembira sepanjang tempoh tersebut......byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

warna warni kelantan

suasana di masjid muhamaddiyah (sory klau slp eja)

Friday, 10 June 2011

unixnya kelantan

org selalu memberi satu tanggapan negatif dan bersifat berat sebelah pada bumi Cik Siti Wan Kembang. Tapi saya bangga menjadi anak jati kelahiran bumi sekebun bunga. kenyataan yang sering meniti di bibir mereka" kononyer maju" kelantan tidak membangun dan mundur. Itulah ukuran sempit dari minda yang beku dan kaku. Adakah kemajuan dan kehebatan sesuatu masyarakat itu diukur pada bangunan pencakar langit, perempuan berambut perang dengan mata biru ataupun di sana sinidipenuhi dengan sebuah hiburan melalikan. Itulah anggapan segelintir penilai di dunia ini yang berpaksikan kepada pendekatan Barat yang melihat kemajuan lahiriah merupakan ukuran kemajuan.

Jika itu ukuran yang digunakn sebagai standard kemajuan bangsa memang kelantan jauh ketinggalan kerana boleh dibilang dengan jari bangunan pencakar langit dan tiada langsung bentuk hiburan melalaikan. namun sebagai org kelantan yang mewakili suara ramai Kelanatan maju dan unik..... ( tunggu laporan seterusnya)